*yumyumyum*
Lepas waktu solat jumaat tadi, aku teman Ariz gi umah Jijah, baiki laptop DELL dier yang kene virus cinta Silver Angeluz. Hohoho!! Jijah berbaju kurung seyhhh di petang Jumaat yang indah lagi hening ini~ Die baru balik kelas. Ops! Luper plak orang tu dah start semester *special untuk budak-budak bijak pandai bijak bestari*. Ehem~! Orang macam aku ni plak jenis melepak buang mase jer menanti pembukaan semester 03 pada bulan Julai ni. Erk.. O_O;; Chuak pulak!! Nak naik semester 03.. Second year. Wargh!!!
Lepas jer settle pengurusan pembaikian "pangkuan atas" (laptop[?]), err.., komputer peribadi Jijah, Arizsan request Jijah antar kitorang gi Kompleks PKNS. Si Arizsan nak cucus duit kat BSN. Ohohoho!! Die dah leh cucus duit kat ATM dah sekarang~! Dulu kene bawak kuar duit pakai buku bank (coff coff), tapi sekarang tidak lagi~~!!! Terima kasih kepada kad pintar matrix BSN!! Don't leave home without it~! If you leave home with it, make sure tak kene rompak yer.... *sinis ganda tiga kepada Ariz*
Ntah camner waktu on the way nak ke bus stop, aku tetiber mengidam nak makan mee hoon goreng basah... Lepas-lepas tu keinginan keidaman keseleraan aku bertukar dengan drastik sekali, nak makan mee hoon tom yam plak~~!! WARGGHH!! Dah lama giler siut rasanyer tak makan mee hoon tom yam~~~!!! Wuuuuu~~!! SEDAPPPPPP sehingga menjilat sudu garfu mangkuk dan tempayan~!! Kitorang naik bas mini, turun kat Seksyen 9, umah Arizsan.. Aku nak kene amik Installer dari dier. Wuuu....... Melihatkan muke pokok duit-duit aku yang ketagihan mee hoon tom yam ni, maka Ariz yang baik hati serta pemurah dan amat memahami hati budi bicara aku meng"offer" gi makan kat restoran yang berdekatan. Eheh.. memula waktu die suruh order makan tu aku cam was was sebab malas nak buang duit dier. Balik umah karang boleh makan... Tapi Ariz menegaskan diri dengan setegas tegas yang boleh untuk memaksa aku makan gak. Erk!
Last-last waktu mintak order kat abang kedai tu, abang tu menunjukkan isyarat mee hoon tom yam tarak la deii~~!! *PUFF!!!!!!!* Waktu tu tensen puna der (nak makannnnn), gembira pun ader (sbb ariz tak yah bazir duit beli)... Wuhuhuhuhuuuu~~!!!
Balik-balik umah jer aku call Mama mintak dier belikan mee hoon tom yam. Erk.. Mak aku suruh gi beli sendiri. Wahahahaha!! Malasnyer nak kuar gi beli! Ajak Hazu, die pun malas.. Maka aku pun memalaskan diri dengan menelentangkan badan di katil yang empuk dan sejurus selepas itu terlena dibuai mimpi ngeri tak dapat makan mee hoon. Wuuuuuu... sedih..... T____T Nak makan mee hoon tom yam!!
Ntah pukul berapa lepas tu, mak aku masuk bilik dengan aura cahaya yang terang benderang yang turut dilitupi dengan backdrop bintang bersinaran, sambil dia berkata "Shaza nak makan mee hoon tom yam? Mama suruh Haidar gi belikan. Nak?"
YEARRGGGHHHHHH~~~~~~~~~~~~~!!!!!! Aku seperti dihidupkan semula dengan menggunakan Blue Gemstone setandan!!! Trus aku bangun, gi mandi, dan menunggu kedatangan mee hoon tom yam~~!!
Dan akhir kata, mee hoon tom yam telah selamat dikhatamkan oleh Ayezzzaaa si pelahap~!! Wooooohooo~~!! *Burp* AlhamdulillahhHHH~~~! Kenyang Perut, suke hati!!



