Wednesday, June 29
Y0u M4Th4 F4K42 Pa!N !n Th3 4S5
Goddammit!!! Okay... I'm generally pissed off by Malaysian's management of public services. I can't help getting pissed!!!! Goddammit stupid JPJ!!!! You might think I failed JPJ driving test?!! Hell NO!! My driving test is TOMORROW and guess what? I CAN'T TAKE THE TEST TOMORROW DUE TO THE REASON THAT THE JPJ CAN'T PRINTOUT MY [L] LISCENCE!!! Without the [L] liscence, I'm not valid to tkae the JPJ test for the [P] liscence. Why can't they print that damn thing out? COZ THEY'RE JUST SO DAMN STUPID NOT TO HAVE BACKUP FILES OF THEIR DATAS!!! SHITTTT~~~!!!! Bongok betul arrr!!
*@!()#!()()$!(@()!@*(*#(&&!*^@%^#^%*!&@#*(

Haha!! Kusut...
Korang sure tak paham... >,< Okay, cenggini citer dier... Pada suatu hari, di hari Selasa yang hening di kala awal bulan Jun yang lepas, seorang budak kecil lagi kerdil tetapi telah mencecah umur yang bukan kecil lagi menaiki sebuah van Kia kepunyaan syarikat METRO DRIVING SCHOOL CAWANGAN SEKSYEN 2 ke METRO DRIVING SCHOOL CAWANGAN SEKSYEN 18 untuk mengambil ujian undang-undang KPP ntah haper ntah tuh. Setelah lama menanti namanya dipanggil untuk menduduki ujian tersebut, akhirnya dia dipanggil dan diarahkan supaya beredar ke sudut kecil sebuah ruang meja komputer bernombor 9 (kalau tak silap la). Oh ya, hampir terlupa pula. Sebelum menduduki meja komputer tersebut, dia dipanggil untuk sesi penggambaran bagi proses percetakan lesen [L] kelak. Selesainya urusan penggambaran, dia duduk di bangku dan memasukkan nombor kad pengenalannya di tempat yang tertera di skrin komputer. AhhHHhHh~~ Alangkah malang sekali nasibnya karena rupa-rupanya dia tidak didaftarkan lagi untuk mengambil ujian tersebut. Perasaan marah bercampur geram dan tidak puas hati membuak-buak di lubuk hati budak kecil tersebut. Berbekalkan perasaan geram berbaur menyampah, dia meluru ke kaunter pendaftaran dan melaporkan hal tersebut sambil menahan perasaan marahnya yang membuak-buak bagaikan lava di gunung berapi Krakatoa.

Budak Kecik : "Kak, apsal takleh key-in nombor IC ni?"
Akak Kaunter : "Cube tekan balik nombor tu betul-betul"
Budak Kecik : (bongok, dah dekat 10 kali aku tekan tak leh lar!!!) "erm, kejap ek kak"
Akak Kaunter : (melihat sambil muke pelik-pelik)
Budak Kecik : "Hah.. Takleh gak lar kak!"
Akak Kaunter : "Meh sini IC adik"
Budak Kecik : (Halamak.. Nak kene kasik ke IC buruk nih....) "Nah kak!"
Akak Kaunter : "Kejap yer dik..." (bergegas ke seorang pakcik/abang yang incharge kat mesin aper ntah tuh.. mesin printing kut)

Dengan perasaan hampa dan resah gelisah karena risaukan dirinya tidak dapat mengambil ujian undang-undang pada hari tersebut, dia terpaksa akur dan menantikan sahaja kata putus daripada pihak pengurusan METRO DRIVING SCHOOL tersebut sebelum dia dapat melakukan apa-apa. Barangkali ada juga dalam setengah jam dia menanti, akhirnya abang/pakcik dan kakak di kaunter tersebut memulangkan kembali kad pengenalannya sambil mengarahkannya supaya cuba memasukkan nombor kad pengenalannya sekali lagi. YAA!! Kali ini dia berjaya dan bermulalah detik-detik mendebarkan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di skrin komputer tersebut. Bukan main gembira dan bertuah sekali budak kecil ini karena kebanyakkan soalan-soalan yang keluar telah diulangkaji bersama-sama dengan adiknya pada hari yang lepas. Kebanyakkan soalan-soalan itu hanyalah soalan-soalan bodoh sahaja, tapi malang sekali budak kecil ini karena pengetahuan amnya sangat lemah bagaikan otak kura-kura yang dijemur di padang gurun selama tujuh hari tujuh dekad.

Setelah selesai menjawab, maka butang [SELESAI MENJAWAB] pun ditekan! Akhirnya terpampanglah keputusan ujian undang-undang KPP ntah aper ntah yang diambilnya sebentar tadi!! Setelah selesai, maka dia pun bergegas ke kaunter percetakkan untuk mengambil slip keputusan sambil keluar dengan hati riang ria rejoice karena telah LULUS~~~!!!

Tapi apekah bodohnyer...
cube tengok slip result nih.. CUBE kire betul-betul jumlah nih... betul ker tak betul?? Agak-agak orang JPJ ni tak reti mengira kut.. wakakaka!!

CLICK TO FULL-VIEW
CLICK TO FULL VIEW


Budak kecik tuh (agak-agak saper yer?) dah pelik-pelik dah. Mana satu result sebenar aku ni?? 43/50 atau 46/50 ni?? @w@;; Waakaka!! Mana-mana pun aku LULUS GAK~~~ NYEEE~~~~~~!!! Kejadian ini masih menjadi misteri sehingga hari ini. aku diselubungi dengan misteri nusantara~~
HuhhHhh~~~!!!

Itu citer hal beberapa minggu lepas!! Waktu aku baru amik test undang-undang. Sekarang aku dah settle bengkel 6 jam ntuk dapatkan [L] dan lesson 10jam termasuk QTi ntuk amik test [P]. Kire dah qualify lar nak amik test JPJ!! Tapi, petang tadi, Abang Zul (orang yang bertanggungjawab kat METRO section 2) call aku cakap kat aku, aku takleh amik TEST JPJ ESOK!!! WTF??? WTF WTF WTF????????? Abang Zul cakap kat aku JPJ tak dapat print [L] aku sebab rekod aku amik test undang-undang tu takderk!! Pastu rekod aku amik Bengkel 6 jam pun takdek!! (dulu bengkel nih tak wajib, sekarang dah wajib. Attendence dier amik pakai thumbprint beb!! takleh tipu!! kalau tak attend die tau...) Bongok tak bongok tuh?? Masalahnyer rekod kat METRO ader, rekod kat JPJ plak takdek!! biler tanyer camner leh jadik camtuh, dier kater JPJ blackout so rekod tak dapat key-in. OKAAAYYY~~~!! CANTIK SANGAT LAAAAA TUUUUUUUUU~~~~
what da.... >,<

Kalau ikutkan hati dan perasaan, maunyer aku BAKAR JPJ ngan METRO-METRO tu skali!! >,<

Pendekkan citer.. aku tak leh nak amik TEST bodoh tu esok, dan aku kene amik NEXT WEEK. WARGHHH!!! Kalau amik ESOK kan best!! Kalau amik esok, aku dah amik skali test tuh ngan senior aku dua orang tuh, Ghadaff (bachelor part 02) ngan PaLie (diploma part 07). (dah tua baru nak amik lesen diorang nih). Pastu amik skali ngan Adibah ngan Shirin (ex-classmate waktu form 3). Pastuh amik skali gak ngan Nurul Ain (budak yang dok setaman ngan aku dan aku baru kenal. Bosan-bosan buat lar member borak! haha!!) Kire kalau aku LEPAS lar amik esok, aku mengambik exam ngan bebudak aku gak lar!!! HAIYAAA!! AKU SORANG JER YANG TAK DAPAT AMIK TEST ESOK!!!!!! Cilanat!! Last-last Abang Zul suruh aku amik test tuh NEXT WEEK, hari khamis!! Next week hari khamis aku dah kene register Universiti lar dodol kaki nyusahkan orang!!!! Pastuh amik test ngan ntah sesaper lar plakkkkK~~~!! Nampak gaye terpaksa lar aku tunda registration.. Dab terpaksalah aku carik teman borak lagi ntuk menghilangkan kebosanan dan keresahan..... ="= Dan AKU HARAPLARRR orang-orang kat JPJ tu ketatkan skek skru longgar kat paler otak management diorang tuh. Cilakak!! Cipan!! Babun buntut merahhh!!!




ArGgHhHhHhHhHHhHhH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: amacam BM aku? Ok?? Kalau retake paper BM SPM ni dapat tak A1? =)

name ayez
d.o.b may 26th, 1986
zodiac gemini
studying diploma in architecture
at uitm shah alam
duration 2nd year out of 4 years
location shah alam, selangor
nationality malaysian
height 151 cm / 4'11"

[•] dark skin
[•] black hair
[•] dark brown eyes (typical asian)
[•] chibi, small sized
[•] always mistaken as an 11 y.o
[•] messed up
[•] rough
[•] easily annoyed
[•] pervert-ish (>v<)
[•] procrastinator
[•] reckless
[•] works depend on mood
[•] sudden mood swings
[•] hasty
[•] selfish
[•] sharp-tounged (o__o;)
[•] in guilt most of the time
[•] hmm.. why is it all negative traits? I can't seem to find anything good in me.. XD *lol*

[√] new desktop
[√] A3 printer (canon i6500)
[√] sony discman
[√] flat screen TFT-LCD monitor
[√] Nightmare Before Christmas DVD
[¤] sony ericsson w900i
[¤] new digital camera (light and slim)
[¤] gen-2 1.3 car. white!
[¤] apple laptop ;__; yah, i wish!
[¤] finish studying a.s.a.p
[¤] get married..? have children?? haha! XD

[•] ariz-musyuk |blog|
[•]
shez-neechan |blog| |da|
[•] mooaz-sengal |blog|
[•] kel-niichan |blog| |da|
[•] mecha-senpai |da|
[•] kitsu-niichan |da|
[•] Sarah |blog|
[•] Riz-san |blog|
[•] sky pegasus |Lj| |da|
[•] kidchan |Lj| |da|
[•] aB |blog|
[•] AsukaKanzaki |ARTblog|
[•] Yinderella |blog|

phentermine visitors since 7th December 2006
Web counter